Buku pertama yang saya pra-pesan dari syarikat penerbitan Roman Buku ialah Di kala bulan bermain biola oleh Wan Nor Azriq.
Buku Wan Nor Azriq yang saya pernah baca ialah buku yang menang hadiah pertama Sayembara ITBM 2013, D.U.B.L.I.N. Saya sangat suka kepadatan buku tersebut, walaupun cara tulisan beliau bukan jenis yang paling saya gemari. Saya mungkin lebih suka cara tulisan Adib Zaini atau Saat Omar. inipun, berdasarkan bacaan Zombie dan Seronok. Saya jenis pembaca yang malas-malas-malas. Mungkin kesukaan pada tulisan Wan Nor Azriq adalah sebab pemberat dan rujukan pada penulisan lain yang kemas (atau kefahaman beliau terhadap isu dan penerjemahan pada perspektif yang senang untuk dilihat) itu yeng menyebabkan ada perasaan awe pada penulis ini.Jadi, saya sangat eksited dengan buku tebal yang dipra-pesan ini.
[Mungkin kesukaan sebab keperluan ego-feeder, kalau saya mampu fikir dengan cara berfikir si penulis yang a bit complicated, saya pun complicated juga, great minds think alike?. Taik.]
alahai.. first time order, banyak lah pula isu yang timbul. Sepatutnya buku diperolehi awal Disember 2017. Tapi, saya dapat buku awal 2018. Tidak ada masalah juga sebenarnya. Saya sibuk bersiap untuk peperiksaan akhir semester 2 di UiTM. Tidak ada masa untuk buka bungkusan buku itu pun. Pelatih - pelatih baru yang masuk ke kolej ada 50 orang saja semester ini. and the best thing? saya ada 2 kelas, 3 subjek saja! horrrrrraaayy..
Untuk Pre-order, Roman Buku mengecualikan kos penghantaran. Jadi, memang berbaloi-baloi menunggu. CUMAAAAAAA.. kalau saya tunggu sampai Punggok buat promosi, i can get the print-out of the old town map! cis!
Untuk semua yang masih tercari-cari buku bahasa Malaysia yang berbaloi untuk meleburkan duit dan masa; mungkin boleh cuba lihat-lihat buku-buku keluaran Roman Buku. Saya baru baca yang satu ini. kualiti kulit buku sangat bagus. type-setting nice. pemilihan jenis kertas pun sangat okey. andddd.... ketelitian editor: saya masih mencari kesalahan ejaan/ tanda baca (yang biasanya banyak dalam terbitan buku-buku tempatan).
Di kala bulan bermain biola (dari website Roman Buku) |
Okey, sikit pasal buku ini. Buku ini sangat playful, kita diberikan peta dan pada setiap bab, kita diberi beberapa pilihan (cuma ada beberapa yang dah tetap)untuk meneruskan pembacaan (pengembaraan). playful jenis odoiiiii dogo! (are you kidding me?!). Saya mati dalam 2 pembacaan pertama (2nd one, saya terperangkap dalam lampu?). aish.. saya perlu masa untuk recover and to re-think; apa bah sebenarnya tujuan saya masuk dalam tu cerita? (lebih 3 minggu sudah saya try fikir). Itu playfulness jadi sikit menyebalkan lepas banyak kali jumpa tikus besar/ kuli yang baunya astaga Tuhan saja yang tahu. Kau jadi malas mau masuk main lagi.
Macamana mau cakap ah? macam nafas kau jadi pendek - ala tengok Sandra Bullock dalam filem Gravity yang dia mau habis oksigen sudah - only in this game, nafas kau sesak sebab terlampu banyak makhluk dan bau yang minta ampun dan rasa hopeless tiada jalan keluar yang boleh bikin hati kau boast 'saya lebih pandai dari orang lain'.
Lambat lagilah saya mau sambung main game nyawa ke-3.
Kalau post ini macam tidak make sense, mungkin boleh cari buku ini dan cuba baca. Kalau kau jenis supporter local library, cakap sama librarian, request buku Roman Buku supaya kau boleh baca free. Kalau kau librarian, sila lah request dengan boss buku dari rumah penerbitan ini, mana tau dapat.
No comments:
Post a Comment