Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 15, 2018

Princess Weiyoung

Colleague saya yang gila download drama, Mok Pah bagi saya 54 episod drama cina "Princess Weiyoung" sebagai hiburan di hujung minggu kata beliau. Memandangkan saya memang tengah free (in between semester), saya layankan siri drama ini. Ambil masa lebih 2 minggu juga sebenarnya menghabiskan siri drama ini (setiap episod lebih kurang 45 minit).


The Princess Weiyoung Promotional Poster 

Saya memang suka drama-drama princess, prince dinasti-dinasti macam ini. Lagilah kalau siri itu based loosely on historical fact - saya memang layan habis. Tapi, siri Princess Weiyoung adalah fiksyen. perletakan watak dan garis masa adalah ciptaan semata-mata berdasarkan buku yang ditulis oleh penulis China, Qin Jian. Drama ini mengikut Wikipedia, Princess Weiyoung mendapat banyak anugerah drama dan anugerah pelakon terbaik. 

Siri ini fast-paced, jalan ceritanya cepat dengan banyak plot twist yang menarik. Banyak juga bahagian yang 'alahai..tak mati-mati' punya sendu. Tapi, secara keseluruhan adalah siri drama panjang yang tidak terasa panjang. Make-up artist top notch. Sangat baik dengan details yang teliti. (kau tengok bah tu perubahan kening saja boleh buat perubahan mimik muka. Pemilihan warna lipsticks yang sangat bersesuaian dengan mood etc.)

and, iya.. Vanness Wu berlakon sebagai si penjahat sini. YOOOOOOOO... astaga. 

Saja cerita siri drama Cina memandangkan CNY kan. 
I am enjoying my long weekends in KK and Ranau with the family. I hope you too are having a good time with your loved ones. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...