Monday, July 11, 2016

Hal Sibuk.

Hi,

Kau gagal lagi nampaknya. Selain dari mengemaskini senarai buku yang dibaca, tidak ada pertambahan post. Barangkali terlalu sibuk untuk menulis ringkasan atau pendapat ringkas terhadap buku yang dibaca. Atau pilihan buku yang dibaca jadi makin kurang menarik sehingga jadi tidak ingin berkongsi dengan kami berkaitannya?

Mungkin juga terlalu sibuk. Kalau PokemonGo sudah dapat diguna di Malaysia mesti kau lagi sibuk kan? Setakat baru berkebun, berjualan sayur pun sudah makan berjam-jam setiap hari, apatah lagi kalau sudah mula memburu Pokemon.

Saya tidak ada masalah dengan bagaimana kau menghabiskan masa kau. Kalau itu menggembirakan kau. 

Kadang-kadang, kalau kita bercerita tentang laut, kau macam sudah lupa rupanya bagaimana. birunya, masinnya, seronoknya mengapung diri atas laut. Macam kau tidak tahu rasa pasir di kaki atau bunyi angin. Mungkin kau tidak ingat lagi warna langi senja. Kau pernah cakap, in case kau lupa; senja adalah bahagian hari paling kau suka. Mungkin bukan lagi?

Bah, pelan - pelan lah. Kau tahu juga ini untuk kau sendiri. Bukan untuk siapa-siapa. Bukan.

xoxo

Friday, February 26, 2016

Tenderwire; Cerita Biola Lagenda Yang Sesat

Cerita tentang seorang pemuzik. Pemain biola. Gadis ireland yang tinggal di NY. Tentang bagaimana dia memperolehi satu biola lagenda Stradivarius yang beliau berikan nama jolokan 'Magdalena'



Kalau saya boleh simpulkan buku ini pada satu kata sahaja, saya pilih kata 'dramatik'.

Gerakan plot dan interaksi watak-watak dalam buku ini berlangsung cepat. Rentaknya mendebarkan dan membuat pembacaan satu pengalaman yang tidak membosankan.

Buku ini membuat kita curiga kepada semua orang. Termasuk si watak utama, Evelyn Tyne. Sampai satu ketika, saya ada terfikir 'mungkin si Eva ni bah yang gila'.

Jadi, ceritanya apa?
Pada malam debut Eva sebagai soloist biola, dia jatuh pengsan dan dihantar ke hospital oleh temannya, Valentina. Dalam keadaan sakit dan galau dari hospital dia ke satu bar dan bertemu dengan lelaki latin misteri bernama Daniel. Eva mabuk dan dompetnya hilang. Daniel menghantar Eva ke satu hotel. Setelah Eva kembali ke apartmennya, kekasihnya, Krystof menunggu dengan sugul dan marah. Mereka berpisah. Eva tertekan dan sering mengunjungi bar untuk mabuk dan melupakan masalahnya. dia bertemu seorang lelaki Russia bernama Alexander yang menjualkan biola Stradivarius yang diseludup kepadanya. Duit Eva tidak cukup. Pada masa ini dia mencari Daniel, lelaki misteri yang ditemuinya dulu. Daniel bekerja sebagai pakar pelaburan di bank. Daniel yang sangat supportive, akhirnya menyebabkan Eva jatuh hati. 

Beberapa misteri timbul dalam plot;
1. Siapa pemilik asal biola tersebut?
2. Kenapa Alexander mahu menjualkan biola itu pada harga yang murah   (600k)?
3. Bagaimana Eva tahu kesahihan biola tersebut?
4. Siapa Daniel sebenarnya?
5. Mengapa Eva jatuh sakit pada malam debutnya? 

Garapan aplikasi Hukum Karma yang subtle tapi cukup terasa dimainkan dalam plot twists buku ini. Pada si Daniel, kekasih yang meninggalkannya. Alexander, si penyeludup biola, Valentina, kawan yang makan kawan. Bahkan kepada Eva, si pemuzik, pemain biola itu.

Banyak hal yang tidak jelas juga di dalam tulisan ini. Tentang hubungan Eva-Zach (tidak dijelaskan bagaimana pertemuannya)- supaya pembaca boleh menyandarkan keyakinan pada kepercayaan Eva kepada bosnya itu. Eva-Ming (dari mana datangnya kucing itu?) dan ada beberapa lagi kemusykilan lain. Mungkin saya saja yang sibuk mempertanyakan hal-hal remeh seperti ini. Ini fiksyen, suka hati si penulis lah kan?

Mungkin juga misteri-misteri kecil seperti itu yang membuat cerita Tenderwire ini jadi lebih menarik.

6.5/10