Setiap tahun sejak 2014, saya join JJF di JIExpo Kemayoran, Jakarta Indonesia pada hujung minggu pertama bulan Mac. Selalunya, saya beli 3 malam tiket konsert. Tapi, tahun ini saya cuma mampu beli tiket malam sabtu pada harga Rp750,000. Tiket makin mahal.
Tahun ini, saya pergi bersama kawan satu kursus di UiTM, Emi. Sempena tema kewangan saya tahun ini "No Spend Year", saya berusaha supaya perbelanjaan travel kali ini supaya patuh budget yang ditetapkan. Budget saya? RM2500 unutuk keseluruhan travel Kuching-KL-Jakarta-Bogor-Jakarta-Bandung-KL-Kuching selama 9 hari 8 malam.
Ada 5 post untuk cover keseluruhan Travel 2019: Indonesia ini.
1. Tiket Penerbangan dan budget keseluruhan
2. Pengangkutan Darat
3. Makanan
4. Penginapan
5. Shopping dan tempat wisata
Let's start with tiket penerbangan dan budget keseluruhan. Budget asal saya adalah RM2500 untuk keseluruhan travel (RM2000 perbelanjaan, RM500 emergency). Kami dapat tukaran matawang asing yang agak baik: RM1=Rp3400. If you live in Kuching and dont know where to go for exhange, here is an extensive list of money changers in the city.
Harga tiket penerbangan berjumlah RM505.63. Lebih dari budget asal (RM500) sebab tambahan harga luggage pada penerbangan AirAsia KL-KCH sebanyak RM30.74 (15kg).
KCH - KL RM49.00
KL - CGK RM99.00
CGK - KL RM277.89 (Malindo)
KL - KCH RM79.74
Macamana nak dapat harga gempak macam ni? Sila beli tiket awal masa AA buat promosi dan gunalah BigPay. BP card sangat berbaloi untuk mereka yang perlu selalu menggunakan khidmat penerbangan AA. Tidak ada caj perkhidmatan dikenakan untuk tempahan menggunakan kad ini. Kad ini juga sangat berguna di luar negara sebab fungsi kad debit dengan nilai tukaran matawang asing paling kompetitif diberikan tanpa caj terselindung. Kad ini berfungsi bersama apps yang boleh di download pada telefon pintar. Ini memudahkan proses verifikasi baki akaun atau transaksi yang dilakukan. Pengeluaran tunai melalui ATM MEPS juga boleh dilakukan di luar negara dengan caj RM6 per transaksi berbanding RM10 caj bagi kad ATM bank lain.
Download apps BigPay pada telefon pintar anda dan gunakan rujukan WPQTQWQN7I untuk mendapat kredit percuma RM10. Kalau tidak beli tiket penerbangan atau ke luar negara pun, kalau mahu kawal pembelian online, boleh guna kad debit BigPay ini. Lebih selamat berbanding guna kad debit akaun bank.
Saya jimat banyak untuk pembelian tiket penerbangan menggunakan BigPay yang digandingkan dengan AirAsia Big Loyalty promotion seats.
1 comment:
Wow...masih ada lagi
Post a Comment