Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 8, 2016

10 Catatan Indah dalam The Signature of All Things



Usai membaca The Signature of all Things oleh Elizabeth Gilbert, saya jadi sayu dan hiba. Mungkin andda pernah mendengar tentang buku Eat, Pray, Love. Ya. Penulis yang itu. (saya belum baca buku itu. jadi, jangan tanya - saya dengar filem yang diangkat dari buku tersebut juga agak okey).

Kalau sandaran bagi teknik penulisan dan jalan penceritaan yang ada pada The Signature digunakan, saya mahu membaca buku Eat, Pray, Love. Elizabeth menulis dengan idea dan gagasan yang sangat meyakinkan. Ideologi yang berat ke spiritualisme dan falsafah pemikiran diketengahkan pada watak-watak tulisannya dengan gaya bersahaja.

Zaman yang dipilihnya untuk meletakkan watak-watak dalam cerita ini adalah zaman yang menarik bagii dunia botani dan sains secara keseluruhannya. (1700-1900-an). (menariknya, saya terbaca tweet penulis Malaysia yang deep, @wan_azriq 'penulis tidak merakam zaman; penulis mencipta zaman untuk zaman merakam dirinya'). Make sense kan?

Alma Whittaker adalah watak utama cerita ini dan masa diceritakan dari pelbagai sudut. Kelahiran. Ibu bapa. Zaman kanak-kanak. Remaja. Dewasa sehingga kematiannya. Ini adalah buku panduan bagaimana untuk menghidupi hidup bagi mereka yang masih tercari-cari pedoman. 

Mungkin kata pedoman hidup itu berlebih-lebihan. Iya, buku ini bagus. Mungkin kalau anda sudi membaca dan menghayatinya, barangkali anda juga akan bersetuju dengan saya berkaitan mengatakannya sebagai pedoman hidup tanpa rasa itu terlalu berlebih-lebihan. mahu cuba?

10 catatan indah dalam The Signature of All Things

1. Learning things gave a person advantage over other people.

Henry Whittaker, ayah Alma lahir dan dibesarkan dalam keadaan keluarga yang miskin. Ayahnya, salah seorang tukang kebun di Taman Botani Kew hidup daif sepanjang hidup. Henry bertekad untuk menjadi orang kaya yang berpengaruh. Perkara pertama yang beliau sangat percaya dalam usaha ke arah itu ialah 'Learning things gave a person advantage over other people'.

2. Improve yourself.

Semasa umur Alma hampir 9 tahun, beliau mendapat seorang adik perempuan bernama Prudence yang cantik dan selalu dipuji orang. Alma rasa iri dan terpinggir kerana selama hidupnya sebelum itu, dia tidak perlu bersaing. Nasihat ibunya ialah 'improve yourself'.

3. with a grain of salt

Alma menemui buku-buku berunsur lucah dalam kotak-kotak buku yang dibeli oleh ayahnya dari lelongan awam. Umur Alma pada masa itu 16, tetapi pemikiran dan kemampuan analitiknya adalah seperti orang dewasa. Tapi dalam hal pengalaman hidup, beliau kekurangan. Ada beza pengetahuan dan pengalaman. Pada buku porno pertama dibacanya bertulis 'with a grain of salt'.


4. differentiation

Prudence, adik angkat Alma selalunya berdiam diri apabila ada tetamu di rumah mereka dan tidak pernah ikut membincangkan isu-isu intelektual. Tetapi dia meninggikan suara apabila seorang profesor bercerita mengenai kajiannya yang mengatakan bahawa Negro (orang kulit hitam) adalah spesies yang berbeza dari orang putih. Prudence mempersoalkan idea 'differentation' profesor itu.

5. Het is fijn (It is fine)

Kata akhir Betrix Whittaker, ibu Alma sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir ialah 'Het is fijn'

6. You speak too much!

Bila Ambrose, kawan baik Alma menceritakan tentang kepercayaannya tentang kewujudan dan tanda-tanda yang Tuhan tunjukkan pada alam semulajadi. Alma yang berfikiran  logik dan saintifik mula bertanya dan menyangkal banyak perkara. Alma menuduh Ambrose sebagai seorang yang terlalu sentimental dan cakap berjela dalam riddles. Ambrose menjawab 'and you speak too much!'

7. Hi emm en Henglishman because Hi 'ave en Henglish wife (i am an Englishman because i have an English wife)

Henry whittaker, ayah Alma menceritakan tentang seorang lelaki Perancis yang mengatakan dirinya ialah seorang lelaki inggeris kerana isterinya ialah seorang wanita inggeris. 

8. Tomorrow Morning, Tomorrow Morning, Tomorrow Morning
Alma menerima beg dari suaminya Ambrose yang mati di Tahiti. Di dalam beg itu terkandung banyak lukisan potret bogel seorang lelaki tempatan dengan nota di belakang lukisan 'Tomorrow Morning'. Potret-potret dan kata 'tomorrow morning' itu menyebabkan Alma berani belayar ke Tahiti untuk mencari lelaki yang dicintai oleh suaminya.

9. The Lord is near unto them who are of broken heart.
Selama hidup Alma dan Prudence, hubungan mereka baik tapi tidak mesra. Alma menuliskan kata 'The Lord is near unto them who are of broken heart' sebagai sokongan kepada adik angkatnya setelah mengetahu kematian 3 orang yang paling dekat dengan mereka, Henneke, pengasuh mereka, Retta, sahabat baik mereka semasa kecil dan George, lelaki yang mereka berdua kasihi.

10. I'm so glad you came!
Pada akhir hayatnya, Alma menjemput Wallace ke Denmark. Wallace adalah saintis yang terkenal dalam biologi evolusi. Alma telah menulis sebuah tesis berkaitan evolusi pada lumut yang ditentukan oleh natural selection pada masa Wallace dan Darwin mula memikirkan perkara itu. Pertemuan dengan Wallace (Darwin sudah meninggal semasa itu) mengujakan Alma sehingga dia berkata 'I'm so glad you came!'. Wallace menjawab 'I'm so very glad you summoned me'.

Semoga dalam hidup kita yang singkat ini, kita tahu banyak perkara yang indah, yang menarik untuk dihidupi. Menjadi manusia yang berpengetahuan dan berpengaruh adalah sangat baik, tapi lebih penting kalau kita mampu mencintai seseorang atau sesuatu. Kalau dicintai kembali, hidup itu sudah sangat sempurna. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...