Tuesday, November 17, 2015

Backcast

backcast
ˈbakkɑːst/
noun
  1. 1.
    a backward swing of a fishing line preparatory to casting.
verb
  1. 1.
    make a backcast.

Backcast by Lou Ureneck

Saya menghabiskan masa lebih kurang 3 hari untuk membaca buku ini. kalau dihitung dengan jam, mungkin dalam 5-7 jam. buku ini tidak sukar dibaca. Ayatnya mudah, perkataan yang digunakan juga biasa-biasa. Ceritanya juga sederhana; seorang ayah yang suka memancing bersama anak bujangnya mengembara ke kawasan baru (Alaska) untuk memancing (hobi mereka).

Penceritaan buku ini jadi menarik sebab ini adalah biografi bapa tersebut (Lou Ureneck) yang melalui perceraian selepas lebih 20 tahun berumahtangga dan kesannya pada kerjaya, hidup dan hubungannya dengan anak-anak. Terutama anak lelakinya, Adam.

Untuk memahami keadaannya, pembaca dibawa kembali ke zaman silamnya melalui teknik penceritaan 'flashback' yang dilakukan bersahaja. Bagaimana dia dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, isu beliau dengan ayah kandung dan ayah tirinya. Bagaimana dia mula-mula jatuh cinta dengan hobi memancing dan kesukannya pada alam semulajadi. Dia ceritakan berselang seli dengan cerita 10 hari mereka di Alaska.

Saya suka penceritaan buku ini sebab, si penulis tidak berusaha keras untuk memenangkan diri beliau. Dalam keseluruhan cerita ini, beliau berusaha untuk jujur. Walaupun ada bahagian/ isu yang saya kurang setuju dengan pendapatnya. buku ini memberikan perspektif lain kepada saya terhadap perceraian, nilai seorang bapa dan hubungan kekeluargaan.

Saya dibesarkan oleh bapa yang bukan setakat sayang, tapi akan melakukan banyak perkara yang sukar (kalau saya mahu) demi saya (dan adik-beradik lain). Saya tidak akan pernah ragu pasal kasih sayang dan dedikasi beliau. Mungkin sebab saya terbiasa dengan fierce love seperti itu, saya jadi kaget bila kawan sekolah saya cakap "kau senanglah, bapa kau sayang kamu". Saya jawab "bapa kau pun sayang kau bah. semua bapa sayang anak dia". Dia jawab "Tidak. bukan macam bapa kau sayang kamurang". Saya di sekolah rendah masa itu.

Jadi, rasanya saya faham tu keinginan si Lou untuk menjadi bapa yang 'sempurna' untuk anak-anaknya. Saya rasa, saya faham juga tu keinginan untuk menjadi diri sendiri dan sukarnya mencari titik keseimbangan untuk memuaskan hati ramai orang yang mengharapkan kita.

Bapa saya tidak sempurna. Dia ada banyak kelemahan dia sendiri sebagai manusia.Tapi, saya bangga dengan dia. Dia tidak pernah berputus asa dan saya rasa, dia berkorban banyak, membelakangkan keinginnya sendiri untuk mempertahankan keluarga yang dia bina. 

Pernah sekali, masa saya umur 8 tahun, ibu bapa saya bergaduh besar. saya tidak ingat pun apa yang mereka gaduhkan. Tapi, saya ingat, gama saya sampai mengugut mahu balik ke kampung keluarganya. Saya bagitahu bapa "kalau bapa sama gama berpisah, saya ikut gama". Dia tanya "kenapa? kau tidak sayang bapa?". Saya jawab "bapa akan faham kalau saya ikut gama, tapi gama tidak akan faham, kalau saya ikut bapa".

Sayang itu begitu. Berat kepada yang mengerti.

No. I don't really get all the fishing jargon in this book (and there's a lot!). I'd tried fishing, it requires lots of patience, which i have in short supply. That, and i hate worms too.